Saturday, August 31, 2013

Tips Utk | Tangan | Kaki | Kening | Dada | Kepala (11 Gambar)

wahh. ada tips utk LIMA sekawan ni. best nya!  ni khas utk wanita muslimah. Mmg susah sikit menjadi wanita muslimah bg sesetengah org. kena tutup aurat dgn sempurna. bg aku hukum allah tetap hukum allah kita x boleh langgar.

5 SEKAWAN NI LAH YG KEKADANG WANITA SUSAH SANGAT NK TUTUP DAN JAGA

TIPS MUDAH UNTUK TUTUP DAN JAGA 5 SEKAWAN NI:

1)KAKI

Yang ni mmg paling top skali. payah jugk kekadang nk pakai stokin slalu. mcm aku jugk. tapi kita sebagai muslimah kna berusaha utk tutup jugk. bg aku stokin yg warna gelap lg sesuai. mcm hitam, coklat, kelabu. tpi trend skrg suka pakai kaler wrna kulit. kalau cm tu aku rsa sma ja klau pakai stokin atau x pakai kn. nmpk cm kaki jugk.

Kalau nk elak org tngk kita pelik tetiba pakai stokin. aku syorkan pakai lah kasut tutup. org nk kata pa dak kan?






2)TANGAN

Yang ni aku pelik. pegi keluar jalan2 tapi pakai baju lengan pendek pakai tudung. apa hal? kalau nk pakai sngt bju lengan pendek tu pakai cardigan. skrg ni banyak sngt org jual cardigan cantik2 beli 1 2 pakai bukan susah pun.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidina 'Aisyah yang menceritakan:

"Suatu hari Asma' anak Saidina Abu Bakar masuk berjumpa Nabi s.a.w..Kebetulan ketika itu ia mamakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya) Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datng haidh (yakni taelah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badan melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya"(HR Imam Abu Daud)






3)DADA

Yang ni lg satu hal. pakai tudung tapi nmpak "tuut". zaman sekarang ni ramai muslimah selempangkan tudung. lepas tu nmpak la asset yang dua tu kan. lg2 kalau yang besar punya lg la "lelaki mata bejalan" tengok kt situ x kelip kelip. kita mana perasan.

Kalau nak pakai tudung biar tutup dada bukan dada ja, tutup skali yg bwh tu. ada ja cara lain nk tutup dada anda klau pakai tudung, selain selempang kiri kanan tu. kalau yg pakai selendang. ada ja tutorial kt youtube tu cara pakai selendang tutup dada atau cover chest.

Allah Ta'la berfirman:

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang(biasa) nampak daripadanya, Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...(al-Nuur:31)

kan comei. tak rugi pun kalau kita tutup cmni


4)KENING

Yang ni masalah. kenapa muslimah kna cukur kening??? yela2. sbb nk cantik. mmg canti tpi bila benda haram tetap haranm. allah dh ciptakan kening kita sempurna. tapi, nk jugk cukur kening. malahan, kdg2 dia tu ustazah tapi kening cukur jugk. x paham aku.

Dh elok ciptaan allahtu. silap hr bulan cukur punya cukur tercukur sampai separuh kening tu.




kalau dh nk cukur sangat smpi nmpk mcm sesungut lipas


Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka(al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya(al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik"


5) KEPALA

Yang ni apa misi dia? BONGGOL UNTA bukan main besar kt belakang kepala tu. tak paham aku. ya ya ya trend trend trend. kenapa nk kena susah susah beli fake bonggol pastu letak belakang kepala sampai tercacak. konon konon cm rambut lah.

Seriously, aku takut gila bila org pakai bonggol besar besar, sbb aku rasa diorang ni cm alien dr planet mana tah. nmpk cm ada ketumbuhan pun ada jugk. nk tunjuk kt sapa?

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaiain tetapi masih seperti telanjang(dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala ,mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya"(Riwayat Muslim)








hamik ko sampai cmni skali. astagfirullahhal'zim



yang ni bukan main besar lg. aku rasa dia simpan bayi dlm tu


p/s: MAAF KALAU NMPK CM TERKASAR BAHASA, TAPI INI PERINGATAN DRPD SAYA MUSLIMAH YG PENUH KEKURANGAN KEPADA SEMUA MUSLIMAH

KITA SAMA - SAMA BERUSAHA PERBAIKI AURAT KITA. UNTUK KITA JUGA BUKAN UNTUK SAPA2. KALAU RASA NAK BUKAK AURAT INGAT ALLAH.


|  AURAT ANDA MARUAH ANDA |

No comments:

Post a Comment